FAEDAH - FAEDAH
DALAM MENGAMALKAN AMALAN KESANTUNAN BERBAHASA
Dalam mengharungi era ledakan sains
dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap
dalam sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar
batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti
gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada akhbar dan kaca
televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan
amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Sememangnya, tidak dapat
dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini adalah disebabkan oleh pengaruh
budaya kuning dari negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, Belanda dan
United Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan. Malaysia merupakan
sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan dasar buka pintu bagi
menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat
lari dari pengaruh dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat
bersarang di kotak fikiran masyarakat.
Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan
seharian kita kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salah satu
kepentingan amalan ini adalah dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat
berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling
menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur individu tersebut.
Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam
suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza
budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum
atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun
kemerdekaan negara yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan
Teras Kejayaan jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita
yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh,
bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang
dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara
dengan mudah.
Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang
bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada
masa tersebut dapat membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti
ketika tamadun Mesopotamia.
Tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang He walaupun pada masa itu
teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Namun begitu, scenario hari
ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti
mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati bagai duri dalam daging.
Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam Zaman Jahiliah yang mana
akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah.
Perkara seumpama itu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi
memandangkan negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan. Untuk
mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapo untuk
mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan perkara yang lebih sukar
untuk dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran
matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing.
Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat
yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi
layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini
penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam
diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan
kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-alukan dan dihargai
oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam
dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah
memainkan pereanan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman
dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing.
Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kaya
dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud selamat
datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira
apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu
yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru, budaya murni ini perlulah
diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individu terutamanya golongan yang
berurusan dengan pelancong asing agar merekadapat menikmati percutian yang
menyeronokkan di negara kita.
Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan. Pemimpin yang
baik akan dapat mmentadbir negara dengan lancer kerana mendapat sokongan padu
daripada rakyat. Dalam pada itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat
bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal
menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah dijadikan
panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada
kancah gejala social serta dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Pemimpin yang berbudi bahasa juga dapat meningkatkan imej negara kerana
pemimpin dari negara lain akan kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya,
hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat
dijalainkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu, negara kita akan
terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akan menjadi
kebanggaan masyarakat kita.
Individu yang berbudi bahasa juga akan
memperolehi pelbagai kemaslahatan, antaranya mudah didampingi oleh orang lain,.
Hal ini kerana individu yang berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan
santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan
kata-kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tida
akan menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka akan dihormati dan
disenangi oleh orang lain. Hal ini akan turut menjaga nama baik dan maruah
individu tersebut dan keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia itu.
Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh ibubapa dalam diri
anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dengan ini, hasrat negara untuk melahirkan masyarkat yang berbudi bahasa menjelang
tahun 2020 akan dapat direalisasikan.
Natijah, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi
kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan
dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
pernah menyatakan yang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai
infrastruktur kelas pertama tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah
disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk
negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia.
Dalam pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan
mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi
Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa
untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun
2020, tabiat buruk seperti gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari
memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang
No comments:
Post a Comment