KESATUAN BAHASA

Wednesday, 8 March 2017











Nama pensyarah  :Marzuki bin sepiaail
Nama subjek        :Komunikasi dan penyiaran dalam islam
 kelas                   : DKM 6A/6B/6C


NAMA
KAD MATRIK
MUHAMMAD SHAMEEL BIN MUHAMMAD NAZRI
15DKM14F1026
MUHAMMAD SYAHMI BIN ABD HALIM
15DKM14F1011
MUHAMMAD HARIZ BIN ZULKIFLY
15DKM14F1017
MUHAMMAD SYAFIQ AKMAL BIN ZAKIR
15DKM14F1012
MUHAMMAD FARIS BIN ABD HALIM
15DKM14F1031
MUHAMMAD KHAIRIL ADZHAR BIN ABDUL RANI
15DKM14F1007
SHAZWAN AFIQ BIN JOHARI
15DKM14F1048
MUHAMMAD HARIZ IHSAN BIN MOHD DALI
15DKM14F1068
SOFYAN BIN SALEH
15DKM14F1073
MOHAMMAD ABDUL HAKIM BIN MOHAMED ABD AZIZ
15DKM14F1044
MUHAMMAD FAHMI ZAQUAN BIN MUHAMMAD FADZLI
15DKM14F1020
                                                              Sesi disember 2016


      
PENGENALAN


      Kata santun menurut Kamus Dewan ialah halus budi bahasa atau pekerti, beradab, bersopan. Oleh itu kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.Kesantunan bahasa secara umum bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.

       Bahasa Melayu sebagi bahasa yang telah beratus-ratus tahun menjadi bahasa tamadun di rantau ini dan sejak kemerdekaan pada tahun 1957 menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan juga bahasa ilmu di Negara ini mempunyai tradisi yang mantap dalam pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun.Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa.


     Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Sebahagian peraturan itu bersifat sejagat seperti penggunaan panggilan kehormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan bertatasusila. Ada sebahagiannya pula yang bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau bangsa, seperti bentuk  bentuk panggilan kehormat menurut sistem susun lapisan masyarakat, protokol dalam pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat berkenaan.

OBJEKTIF KAJIAN

-Mengkaji punca tidak menggunakan bahasa kesantunan dalam kalangan zaman sekarang

-Mengkaji pengaruh dan kesan penggunaan bahasa yang tidak baik di media massa

-Mengenalpasti langkah-langkah mempromosikan penggunaan Bahasa Melayu dalam  kehidupan seharian zaman sekarang.


 -Mengenal pasti bentuk dan amalan kesantunan berbahasa dalam dokumen dan surat-      menyurat.

 MAKSUD “KESANTUNAN BAHASA”


             
              Kata santun diberi makna dalam Kamus Dewan sebagai ‘halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan’. Oleh itu, kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.

   Kesantunan bahasa, secara umum, merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun.

    Bahasa Melayu sebagai bahasa yang telah wujud sejak sekurang-kurangnya dua alaf atau dua ribu tahun lalu telah mempunyai tradisi perbahasaan yang halus dan memancarkan adab bangsa Melayu. Asasnya menjadi lebih teguh dan jelas apabila agama Islam disebarkan di Kepuluan Melayu dan menjadi mercu tanda kebangkitan tamadun baharu yang bersendikan tauhid dan syariat sempurna Din al-Islam. Akhlak Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah r.a sebagai akhlak al-Qur’an menjadi asas akhlak dan kesantunan umat Melayu Islam, termasuk dalam aspek kesantunan bahasa.
  •        Peraturan Linguistik

   Peraturan lingusitik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi, ejaan, kosa kata dan tatabahasa. Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi. Sekurang-kurangnya ada dua faktor mengapa peraturan linguistik perlu diberi perhatian dalam urusan dan majlis rasmi. Yang pertama ialah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan.




  • ·         Peraturan Sosiolinguistik


   Peraturan bahasa yang kedua, iaitu peraturan sosiolinguistik pula berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan). Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat, yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.

   Secara lebih luas, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan konteks dalam masyarakat, baik disebabkan oleh faktor hubungan antara pembicara dengar khalayak, faktor suasana (misalnya antara rasmi dengan tidak rasmi), faktor bidang yang tertentu mahupun faktor media (lisan atau tulisan).

    Dalam pelaksanaannya, kedua-dua suasana berbahasa, iaitu rasmi dan tidak rasmi memerlukan kepatuhan kepada peraturan sosiolinguistik. Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi di Malaysia, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul. Penggunaan gelar (seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan yang lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.


  • ·        Peraturan Pragmatik


   Selain  itu, peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi. Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan. Maka itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, pengajaran, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan kita tidak menyakiti perasaan orang lain. Dalam bidang ilmiah, ilmu yang berkaitan dengan peraturan pragmatik disebut retorik.

   Antara yang dipentingkan termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara, latar belakang khalayak, bidang dan suasana. Dalam wacana, misalnya, dapat dipilih wacana jenis penceritaan, pemaparan, penghujahan dan pembujukan.

   Tujuan dapat dikaitkan dengan bentuk wacana, iaitu sama ada wacana informatif, wacana khas (seperti majlis perasmian, majlis perpisahan dan yang lain) atau hiburan. Latar belakang khalayak berkaitan dengan ciri-ciri demografi seperti bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan kedudukan sosioekonomi. Bidang pula berkaitan dengan kekhususan topik yang dibicarakan, seperti bidang ilmiah, bidang industri, bidang pemasaran dan yang lain. Suasana berkaitan dengan pelbagai keadaan seperti tempat berlangsungnya komunikasi, tempoh atau jangka masa, kemudahan yang ada dan kesediaan khalayak.

Tuesday, 7 March 2017


Kesantunan Bahasa

      Mengapakan kesantunan berba (2005), bentuk dan tutur bahasa yang santun akan mewujudkan ikatan perhubungan sosial antara manusia serta boleh menimbulkan proses komunikasi yang berkesan. Menurut Awang Sariyan (2009), bahasa berfungsi sebagai alat yang berperanan dalam pembinaan insan dan pembangunan masyarakat. Santun berbahasa merujuk kepada penggunaan ciri-ciri bahasa yahasa amat dituntut kepada mereka yang berbicara? Menurut Asmah ng baik, beradab, mempunyai nilai penghormatan serta mencerminkan keperibadian mulia. Kesantunan bahasa juga menyentuh tentang penggunaan bahasa yang tidak menimbulkan kegusaran, serta tidak menyinggung perasaan pendengar

 Teknik kesantunan berbahasa Teknik Doa Memulakan komunikasi dengan ucapan bismillah atau al-fatihah

-  Teknik bersyukur Ungkapan-ungkapan yang melambangkan kesyukuran atas rasa berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberikan kebaikan kepada penutur atau kepada keluarga mereka

-      Teknik salam Teknik penutur memulakan dengan salam sebelum berbicara atau berunding boleh dianggap sebagai salah satu cara menyapa atau menegur mesra

-     Teknik Insya-Allah Perkataan Insya-Allah merupakan ungkapan yang bermaksud dengan izin Allah SWT. Menjadi kelaziman bagi mereka yang berkomunikasi akan menggunakan perkataan ini sebagai persetujuan atau sebagai ungkapan janji dalam urusan yang akan datang


-        Teknik Tawakkal Penutur yang menggunakan teknik ini mempamerkan sikap rendah diri kepada Allah SWT yang berkuasa. Sesuatu yang baik atau buruk ditentukan oleh Allah SWT. Teknik tawakkal dalam pertuturan merupakan teknik yang mampu mengurangkan ancaman muka dan rasa kurang senang  sama ada dalam kalangan penutur atau pendengar.


  
·         Kesantunan Bahasa daripada Sudut Agama

 Bahasa, menurut huraian ulama’ Islam dan juga ahli bahasa aliran mentalisme, berkaitan rapat dengan akal. Manusia disebut haiwan natiq atau rational animal disebabkan adanya dua unsur itu, iaitu akal dan bahasa pada dirinya.

 Sifat natiq dan rasional dikaitkan dengan ciri manusia sebagai haiwan yang berakal dan berbahasa. Kedua-dua sifat itu menjadikan manusia makhluk yang paling istimewa dan sempurna kejadiannya di dunia ini (al-‘Alaq: 4). Sebagai makhluk yang istimewa dan mulia, manusia wajib menjaga kemuliaan akhlak dan salah satu tanda kemuliaan akhlak manusia ialah kesantunan bahasanya.

  Bahasa merupakan wahana atau saluran akal sebagai alat berfikir dalam bentuk dua fungsi. Pertama, bahasa menjadi wahana atau saluran akal melahirkan idea, fikiran dan bahkan perasaan seseorang sehingga dapat disampaikan kepada pihak lain. Kedua, bahasa menjadi wahana yang menerima dan menafsirkan idea, fikiran atau perasaan daripada pihak lain sehingga penerima idea, fikiran atau perasaan itu faham dan mungkin perlu memberikan gerak balas atau respons.

  Peranan bahasa sebagai penzahir dan penerima mesej itulah yang memungkinkan manusia dapat berkomunikasi untuk mewujudkan kesalingfahaman, persefahaman, perpaduan dan kerjasama ke arah kebaikan. Dengan berlangsungnya semua keadaan itu, manusia dapat membentuk cara hidup yang dikenal sebagai kebudayaan dan pada tingkat yang tinggi disebut tamadun atau peradaban.

 Peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan tamadun manusia dapat diringkaskan seperti yang berikut:

1. Bahasa menjadi alat pemerolehan dan pengembangan ilmu - Dalam Surah al-Baqarah, ayat 31, dijelaskan bagaimana Allah mengajar Adam tentang nama sekalian ciptaan dan kejadian di alam, iaitu sebagai bukti bahawa pemerolehan dan pengembangan ilmu memerlukan bahasa sebagai alatnya.

2. Bahasa menjadi alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi) – Pembentukan sahsiah yang bermula dengan institusi keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan formal (seperti sekolah), media massa dan masyarakat berlangsung dengan menggunakan bahasa sebagai alat penyaluran sistem kepercayaan, sistem nilai, adat dan kebudayaan keseluruhannya.

3. Bahasa menjadi tali pengikat persefahaman dan perpaduan – Baik dalam kalangan sesama bangsa, kaum atau suku mahupun dalam kalangan antara bangsa, kaum dan suku yang berlainan, bahasa menjadi alat yang membentuk persefahaman dan perpaduan manusia (al-Hujurat: 13).

Oleh sebab demikian besarnya peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan tamadun manusia, maka kesantunan bahasa menjadi perkara yang amat penting difahami dan diamalkan oleh setiap anggota masyarakat.

Prinsip utama agama Islam dalam kaitannya dengan kesantunan bahasa berhubungan secara langsung dengan dua peranan utama manusia di muka bumi, iaitu:

1. Menyerukan kebaikan (amar ma`ruf)
2. Mencegah kemungkaran (nahi mungkar) 




·         Kesantunan Bahasa sebagai Warisan Kebudayaan Bangsa

Kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu, iaitu masyarakat yang menjadi teras penghuni di Kepulauan Melayu sejak dua alaf lalu, merupakan salah satu warisan yang penting dalam pembentukan keperibadian bangsa hingga kini. Di Malaysia, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dirumuskan pada tahun 1971 meletakkan kebudayaan asal rantau ini, iaitu kebudayaan Melayu sebagai asas yang pertama.

Salah satu aspek kebudayaan Melayu yang menjadi asas kebudayaan kebangsaan negara ini ialah kesantunan bahasa yang menggambarkan kehalusan budi, pemikiran, falsafah, sistem nilai, sistem masyarakat dan seluruh aspek kebudayaan itu sendiri.

Sekian banyak unsur yang menggambarkan wujudnya kesantunan bahasa dirakamkan dalam pelbagai karya persuratan (seperti hikayat, syair, pantun, gurindam dan seloka) dan tradisi lisan (seperti pelipur lara, wayang kulit dan menora). Salah satu bentuk bahasa yang banyak mengungkapkan kesantunan bahasa ialah peribahasa, sama ada dalam bentuk yang dikenal sebagai simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, perbilangan mahupun kata hikmat.

Kewujudan ribuan karya dalam pelbagai bidang (agama, ketatenegaraan, undang-undang, pensejarahan, seni sastera, warkah, perjanjian dan sebagainya) sejak ratusan tahun dalam
persuratan Melayu menjadi bukti wujudnya kesantunan bahasa sejak lama dahulu. Jika dinilai dengan berasaskan tiga jenis peraturan bahasa yang telah disebut dalam bahagian Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa, semua karya itu disusun dalam bahasa yang berperaturan, baik daripada sudut peraturan lingusitik, peraturan sosiolinguistik mahupun peraturan pragmatiknya. 
  


PUNCA-PUNCA KESANTUNAN BERBAHASA SEMAKIN LUNTUR



      Remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa akan hadapan negara, lihatlah pilihan warna remaja pada masa kini. Begitulah analogi yang menggambarkan jika remaja hari ini bersikap pincang, maka keadaan negara pada masa akan datang masih belum terjamin, begitulah sebaliknya. Tidak dinafikan, remaja semakin kurang santunnya dalam berbahasa, penggunaan bahasa-bahasa yang kesat dalam perbualan seharian .Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada lunturnya kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat kini:
     
        Pengaruh media massa yang tidak dapat lagi dibendung, yang secara tidak langsung mempengaruhi minda mereka. Pelbagai program yang disiarkan terutamanya penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda masyarakat kita untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita .
         
      Tayangan-tayangan rancangan dari Barat , umpamanya mampu memberi kesan negatif kepada masyarakat masa kini yang mudah terpedaya dan mengekalkan sikap ingin mecuba. Sebagai contoh: perkatan-perkatan yang tidak sopan yang selalu ditayangkan di televisyen.
         
      Pengaruh rakan sebaya serta persekitaran. Biasanya remaja yang cepat pengaruh dengan rakan sebaya mereka. Selain itu, pada peringkat remaja,rata-rata tidak mahu hidup dalam keadaan terkongkong dan sentiasa mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Remaja seperti ini biasanya mengeluarkan bahasa-bahasa yang tidak sopan apabila mereka bertemu atau melepak.
         Kurangnya perhatian dari kerajaan juga menjadi punca kepada masalah budi bahasa yang kian merosot.  

  Faktor-faktor lain yang menyebabkan lunturnya kesantunan berbahasa:
     
      Ibu bapa
-Kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa
-Terlalu sibuk dengan kerjaya
-Terlalu mengharapkan guru/pendidik di sekolah mendidik anak-anak
-Tidak menekankan aspek budi bahasa dalam diri anak-anak

 Kemajuan teknologi
-Budaya luar yang mudah diikuti
-Memberi pengaruh yang kurang baik
-Budaya luar tidak mementingkan budaya budi bahasa
-Remaja terpengaruh dengan budaya luar seperti "punk", "gothik", dan sebagainya.
·
  Diri sendiri/Remaja/Masyarakat
 -Menganggap tidak penting
-Bangga dengan status (anak orang berada)
-Lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri
-Kurang didikan agama
-Kurang perpaduan negara
  
  Sekolah 
-Kempen di sekolah kurang berkesan
-Guru-guru yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek        peperiksaan
-Terlalubergantung terhadap kerajaan
·
  Kerajaan 
-Tidak mementingkan budi bahasa (terutamanya kakitangan awam)
-Tidak boleh dijadikan contoh kepada rakyat
-Kempen yang dijalankan banyak tidak berkesan




                 FAEDAH - FAEDAH DALAM MENGAMALKAN AMALAN KESANTUNAN BERBAHASA

      Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini adalah disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, Belanda dan United Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan dasar buka pintu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak fikiran masyarakat.

       Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salah satu kepentingan amalan ini adalah dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur individu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh, bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.

       Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun Mesopotamia.

       Tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang He walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Namun begitu, scenario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. Perkara seumpama itu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi memandangkan negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapo untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan perkara yang lebih sukar untuk dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing.

       Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan pereanan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru, budaya murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individu terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar merekadapat menikmati percutian yang menyeronokkan di negara kita.

       Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan. Pemimpin yang baik akan dapat mmentadbir negara dengan lancer kerana mendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam pada itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang berbudi bahasa juga dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara lain akan kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat dijalainkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu, negara kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akan menjadi kebanggaan masyarakat kita.

        Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagai kemaslahatan, antaranya mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu yang berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tida akan menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka akan dihormati dan disenangi oleh orang lain. Hal ini akan turut menjaga nama baik dan maruah individu tersebut dan keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia itu. Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh ibubapa dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk melahirkan masyarkat yang berbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.


       Natijah, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan yang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia. Dalam pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang


CABARAN

 Tidak dapat dinafikan seiring dengan peningkatan jaringan sosial dan kemudahan internet , kesan terhadap tatacara pergaulan, adat resam , cara berkomunikasi serta cara hidup itu sendiri mengalami perubahan ketara. Kesan negatif dunia digital:

·         Kurang komunikasi secara dua hala.

·         Percakapan kurang sopan, pergaulan bebas akibat     pengaruh bahan negatif.

·         Anak-anak kurang kasih sayang.

·         Hilang rasa hormat terutama kepada yang lebih tua.

·         Hidup bersendiri dan tenggelam dalam dunia gajet.

·         Berlaku pecah belah, fitnah akibat penyebaran maklumat tidak terkawal dan sah



   KESIMPULAN
 
    Kesimpulannya berdasarkan perbincangan di atas kesantunan dalam pangilan berbahasa mementingkan budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat dengan jelas yang berkaitan dengan strategi budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman dalam strategi kesantunan dalam kalangan masyarakat yang berbeza akan mendorong dan mengharmonikan masyarakat sejagat yang bertanggung jawab.Antaranya menyerlahkan budaya kehidupan masyarakat Malaysia yang kaya dengan adab sopan serta halus. Selain itu melambangkan ketingian budi pekerti dan dipandang mulia dalam pergaulan hidup manusia. Bagi masyarakat Melayu “bahasa menunjukkan bangsa” dan bahasa itu tidak boleh dijual beli”. Selain itu penggunaan bahasa santun dalam panggilan dalam keluarga bertujuan untuk menunjukkan rasa hormat dan santun serta mengekakkan sebarang perlakuan yang boleh dianggap “kasar”.


      Sebagai kesimpulannya dengan mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, kita akan digolongkan sebagai ahli masyarakat yang peramah, bertimbang rasa, berfikiran positif, mengamalkan sikap toleransi, bersopan santun, jujur dengan tetamu, bermoral dan baik hati. Ini secara tidak langsung kita akan mengekalkan peribadi yang mulia sekaligus menonjolkan peribadi bangsa yang lemah lembut dan tinggi peradaban. Penggunaan bahasa Melayu yang santun dikaitkan dengan tanggapan dan konsep ‘reti bahasa’. Kata pepatah Melayu, ”Yang tua dihormati, yang muda disayangi”.

Wednesday, 1 March 2017


             LAMPIRAN



     Contoh Kesantunan Lisan Semasa Berkomunikasi Dengan Orang Yang Lebih Tua








Contoh Kesantunan Lisan Semasa Berkomunikasi Dengan Kawan-kawan





Contoh Kesantunan Lisan Semasa Mendidik Anak Murid




Contoh Kesantunan Lisan Antara Nenek Dan Cucu





                                          Contoh Kesantunan Lisan Dengan Tetamu






Contoh Kesantunan Lisan Yang Buruk






VIDEO